OBJEKTIF
Memperkasa ilmu pengetahuan melalui latihan dan pensijilan profesional
- Mengendalikan program ceramah, kursus, latihan, seminar dan pensijilan profesional kepada pelbagai golongan sasar.
Menerbitkan Buku, Jurnal atau Hasil Penyelidikan Islam
- Menerbitkan buku, jurnal dan laporan penyelidikan berkaitan kehartaan Islam, pengurusan halal, pendidikan dan pembangunan institusi Islam.
Menjalankan penyelidikan dan konsultasi hal ehwal Islam
- Menyediakan kajian khusus dan konsultasi berdasarkan keperluan MAIS dan industri dengan pihak berkepentingan termasuk institusi akademik, perunding atau badan penyelidikan yang diiktiraf.
Mengadakan Kolaborasi dengan Pelbagai Industri
- Memperkukuh jalinan kerjasama dengan pelbagai industri dalam membantu menyebarluaskan pelbagai program latihan, pensijilan, penerbitan dan penyelidikan hal ehwal Islam.
