TENTANG KAMI
LATAR BELAKANG
Akademi Baitulmal merupakan salah satu bahagian di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwujudkan pada tahun 2023 untuk membangunkan modal insan dan melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pengurusan Islam melalui latihan, konsultasi, penerbitan dan jaringan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.
MISI
Memperkasa pembangunan modal insan dan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pengurusan Islam melalui latihan, konsultasi, penerbitan, penyelidikan dan jaringan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penerbitan dan penyelidikan pengurusan Islam yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
OBJEKTIF
Memperkasa ilmu pengetahuan melalui latihan dan pensijilan profesional
- Mengendalikan program ceramah, kursus, latihan, seminar dan pensijilan profesional kepada pelbagai golongan sasar.
Menerbitkan Buku, Jurnal atau Hasil Penyelidikan Islam
- Menerbitkan buku, jurnal dan laporan penyelidikan berkaitan kehartaan Islam, pengurusan halal, pendidikan dan pembangunan institusi Islam.
Menjalankan penyelidikan dan konsultasi hal ehwal Islam
- Menyediakan kajian khusus dan konsultasi berdasarkan keperluan MAIS dan industri dengan pihak berkepentingan termasuk institusi akademik, perunding atau badan penyelidikan yang diiktiraf.
Mengadakan Kolaborasi dengan Pelbagai Industri
- Memperkukuh jalinan kerjasama dengan pelbagai industri dalam membantu menyebarluaskan pelbagai program latihan, pensijilan, penerbitan dan penyelidikan hal ehwal Islam.
